6 Mac 2011
Anak Mahu Cemerlang
IBU bapa sering merungut anak mereka bermasalah, malas, tidak solat, gagal mengurus masa, kerja sekolah tidak siap dan degil.
Hakikatnya, mereka bukan malas. Pengalaman kami mengendalikan Seminar Motivasi Alihan Pelajar sejak lebih 15 tahun lalu mendapati anak-anak mahu cemerlang dan suka menggembirakan ibu bapa mereka.
Cuma, mereka mungkin kurang diberikan dorongan positif, tidak ada tujuan dan matlamat hidup atau tidak didedahkan dengan cara yang betul untuk berjaya.
Apa yang kita rasa, sangka dan jangka maka itulah cara anak-anak kita bertingkah laku.
Jika kita rasa anak kita tidak cukup bagus, jangka anak akan timbulkan masalah, maka bagaikan seorang tukang ramal yang tepat, itulah yang berlaku.
Sebaliknya apabila kita rasa anak ada peluang, kita sangka mereka boleh dan kita harap kecemerlangan, itulah kemungkinan besar yang berlaku.
Minda umpama magnet yang akan menarik apa sahaja bentuk fikiran dan gambaran yang dihasilkan. Oleh itu letakkan rasa, sangka dan jangkaan yang besar terhadap diri anak-anak kita.
Apabila kita jangkakan anak-anak boleh berjaya dan penghujung kepada perjalanannya sebagai seorang pelajar sedia menanti sebuah kecemerlangan, kita akan berusaha dengan lebih proaktif.
Kita belikan buku-buku tambahan dan keperluan anak. Kita masukkan dia dalam pelbagai program yang boleh mengasah bakatnya. Kita usaha tingkatkan prestasi pelajarannya dan membantu mengatasi kelemahannya melalui kelas tuisyen.
Malah kita juga tidak akan kedekut menghantar anak-anak ke seminar motivasi dan teknik belajar.
Pendek kata, kita akan lakukan apa sahaja dan sanggup berkorban wang ringgit kerana kita percaya anak boleh cemerlang. Kepercayaan itu datang daripada apa yang kita rasa, sangka dan jangkakan itu tadi.
Sikap membuat andaian buruk merugikan masa depan anak-anak. Misalnya apabila disarankan membeli buku latihan atau buku tambahan, ada ibu bapa yang berkata, "buat apa beli buku latihan banyak-banyak. Bukan anak saya buat pun. Tahun lepas buku yang telah dibelikan untuknya dia hanya buat latihan dalam beberapa muka surat sahaja. Anak saya ni pemalas sikit".
Pertama, ibu bapa sudah menanam persepsi negatif tentang kemampuan anak mereka.
Kedua, ibu bapa tidak percaya yang anak mereka mampu melakukannya.
Ketiga, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mendorong dan mendisiplinkan anak-anak bagi memastikan mereka mahu memanfaatkan buku-buku yang telah dibeli itu.
Begitu juga apabila ibu bapa mengetahui sesuatu program atau seminar motivasi diri atau teknik belajar, mereka lalu berkata "Alah, buat apalah masuk program atau seminar motivasi ni, kesan perubahannya seketika sahaja. Kelak nanti anak balik semula kepada perangai lama".
Sebenarnya ibu bapa yang tidak faham akan objektif atau tujuan sesuatu program itu. Minda manusia berfikir menggunakan rujukan. Apabila berdepan dengan satu perkara baru atau masalah, minda akan mencari apakah sumber maklumat yang ada dalam simpanannya.
Maklumat-maklumat ini menjadi asas kepada penyelesaian, pandangan, idea dan kreativiti. Tanpa maklumat maka sukarlah untuk minda menghasilkan sesuatu yang baik dan bernas.
Apabila anak-anak ikuti seminar, bengkel atau program motivasi dan teknik belajar, mereka memperoleh pelbagai maklumat baru terutamanya berkaitan dengan aspek kecemerlangan, pengurusan diri dan pembelajaran.
Maklumat baru ini pastinya akan diadun, diaplikasi dan dimanfaat anak-anak dalam mencari penyelesaian dan jawapan terhadap masalah, tekanan atau kesukaran.
Akhirnya, keputusan serta tindakan yang diambil oleh mereka biasanya lebih efektif dan matang berbanding anak-anak yang tidak pernah terdedah dengan ilmu-ilmu kecemerlangan.
Kawalan diri mereka lebih baik. Jika mereka tersalah langkah atau tersasar jauh ke hadapan, mereka tahu cara untuk berpatah balik dan bangkit semula daripada kegagalan. Semua ini adalah kesan yang tidak boleh dilihat secara langsung namun berlaku dalam diri anak-anak.
Apabila persepsi negatif wujud dalam minda ibu bapa maka itulah yang berlaku. Seperti yang telah dinyatakan awal-awal tadi, minda umpama magnet yang akan menarik apa yang ada di dalam fikirannya.
Ini bersesuaian dengan hadis qudsi yang mana Allah telah menegaskan: "Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hamba-Ku adalah mengikut sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku... ." Maknanya apa yang kita gambarkan dan fikirkan itu adalah satu doa. Sebenarnya bukan rugi apa pun jika kita berfikiran lebih positif terhadap anak-anak. Yakin bahawa mereka boleh berjaya dan mampu melakukan perubahan. Cari kebaikan dalam diri anak dan suburkan kebaikan itu.
Cari kelemahan dan kekurangan diri anak lalu berusaha mengikis dan mengatasinya. Berkorban hari ini demi kecemerlangan masa depan anak.
Anak-anak itu unik. Mereka lahir dengan pakej masing-masing yang lengkap dengan bakat dan kebolehan yang ada dan dominan pada dirinya dan tiada pada diri orang lain.
Tugas ibu bapa adalah memberi peluang untuk anak-anak mengenal, memupuk, mengasah dan memanfaatkan bakat serta kebolehan yang telah dianugerahkan oleh Tuhan ini bagi mencari rezeki.
Dengan memberikan anak-anak kita pendedahan dan peluang, mereka akan mampu maju jauh ke hadapan berbanding dengan anak-anak orang lain. Kecemerlangan akademik itu penting tetapi ia bukannya satu-satunya sahaja jalan untuk berjaya.
Malah, pengalaman kami menganjurkan seminar Motivasi Alihan Pelajar di seluruh negara membuktikan bahawa anak-anak mampu cemerlang.
Pernah ada pelajar yang sebelumnya menduduki tempat 40 dalam kelas akhirnya masuk dalam kelompok lima pelajar terbaik selepas berkursus selama dua hari.
Ada yang dulunya duduk dalam kelas keempat lalu naik ke kelas pertama. Ada yang tidak pernah mendapat 'A' dalam pelajarannya akhirnya, setelah dua hari dimotivasikan, mendapat 7A dan 8A dalam peperiksaan PMR.
Pendek kata, seminar mampu membuka mata dan menggerakkan hati serta meningkatkan kemahuan anak-anak bagi mencapai kecemerlangan.
sumber myMetro 22Feb2011 http://www.hmetro.com.my/articles/Anakmahucemerlang/Article
3 Mac 2011
MYSTAR-A & MYSTAR-B
YANG PERLU DISEDIAKAN
1. FAKS SALINAN SIJIL LAHIR SETIAP ANAK DARI TADIKA - TINGGKATAN 5,
2. CATATKAN DI ATAS SIJIL LAHIR, UMUR PELAJAR, TADIKA/DARJAH/TINGKATAN dan NAMA SEKOLAH/TADIKA PELAJAR, ALAMAT SURAT MENYURAT IBU/BAPA, NO HP IBU/BAPA.
3. SILA BANK-IN RM 300 (PAKEJ GANGSA) BAGI KEGUNAAN SEMUA ANAK-ANAK SELAMA 4 BULAN (RM 100 - Pengaktifan Kod, RM 200 - Kegunaan 4 Bulan).
Secara Automatik : ANDA LAYAK MENJADI SEORANG USAHAWAN MY-STAR
UNTUK PENDAFTARAN MASUKKAN NO AKAUN RHB 1141 8300 1602 05 ATAS NAMA RAJA AMINAH BT RAJA SULAIMAN ATAU AMBANK 090-002-005412-9 ATAS NAMA RAJA YAACOB BIN RAJA SULAIMAN.
PENGGUNA AKAN DIAKTIFKAN SEBAIK BAYARAN DITERIMA.
SETIAP PELAJAR AKAN MENERIMA ID DAN KATA LALUAN MASING-MASING UNTUK SEBULAN.
BAKI PORTAL UNTUK TIGA BULAN AKAN DI HANTAR KEPADA IBU/BAPA
IBU/BAPA JUGA AKAN MENERIMA ID DAN KATA LALUAN.
MENGAPA MYSTAR-A & MYSTAR-B
MENGATASI KEGAGALAN PELAJAR
Kajian menunjukkan bahawa pelajar gagal kerana "Hanya Menumpukan Kaedah Pembelajaran INPUT"
SYARAT UTAMA UNTUK BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN, PELAJAR SEMESTINYA
Mengamalkan "SISTEM PELAJARAN OUTPUT" Semua ini telah terdapat dalam MYSTAR-A.
KOMPONEN DALAM MYSTAR-A
MyNOTA
MyNota ialah elemen koleksi nota-nota ringkas dan padat mengikut sukatan Kementerian Pendidikan melalui 2 kaedah iaitu secara teks dan multimedia. Ia juga disediakan untuk rujukan utama pelajar bagi menjawab soalan.
MyKAMUS
MyKamus bertujuan membantu pelajar membaiki Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia serta meningkatkan lagi kefahaman dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. MyKamus disediakan untuk rujukan semua subjek.
MyTOPIK
MyTopik adalah elemen yang membolehkan pelajar membuat latihan mengikut topik-topik yang dipelajari. Ia dapat menilai tahap pemahaman pelajar terhadap sesuatu topik, melalui cara mengulangkaji.
MyLATIHTUBI
MyLatihTubi telah direkabentuk untuk membolehkan pelajar-pelajar membuat latihan pendek sebanyak yang mungkin dan membekalkan pembelajaran output secara terus menerus untuk menilai sejauh mana pemahaman mereka di dalam subjek yang diajar di sekolah.
MyPEPERIKSAAN
MyPeperiksaan adalah elemen yang direkabentuk seperti peperiksaan sebenar sebagai persediaan pelajar. Ia membantu pelajar untuk membiasakan diri untuk menghadapi peperiksaan sebenar mengikut silibus.
MyARKIBSOALAN
MyArkib soalan ialah soalan-soalan peperiksaan sebenar tahun-tahun lepas. Bagi pelajar-pelajar yang ingin mengambil peperiksaan seperti UPSR, PMR dan SPM tidak perlu mencari contoh-contoh soalan tahun lepas di luar kerana Mystar telah menyediakan bahan-bahan tersebut.
MyCEMERLANG
Pelajar yang terbaik akan disenaraikan dalam MyCemerlang. Ini secara langsung memberi peluang kepada ibubapa supaya mereka sentiasa mengetahui prestasi anak-anak mereka. Nama pelajar yang cemerlang akan dipaparkan di dalam portal MYSTAR-A dan boleh dilihat oleh semua pengguna melalui pemantauan yang efektif.
MyKADLAPORAN
MyKad Laporan merupakan elemen yang sangat penting kepada ibubapa yang ingin memantau tahap anak-anak mereka. Elemen ini memaparkan keseluruhan keputusan peperiksaan pelajar yang boleh disemak secara online.
MyKERTAS II
MyKertas II mengandungi soalan-soalan subjektif.Soalan-soalan lebih kepada mengisi di tempat-tempat kosong.Mykertas2 adalah yang pertama di Malaysia yang boleh pernandaan terus.Elemen di dalam Mykertas2 ialah MyTopik, MyLatih Tubi, MyPeperiksaan dan MyArkib Soalan seperti di dalam atas.
PERMASALAHAN PELAJAR KINI
1. Cepat Bosan & Amat Membebankan.
2. Kurang Motivasi Diri Berkaitan Pelajaran.
3. Minat Membuat Latihan Amat Kurang.
4. Melawat Laman Web Yang Kurang Faedah.
5. Ibubapa Tiada Kerjasama Dalam Membantu Anak.
PERMASALAHAN IBUBAPA KINI
1. Tidak Boleh Menilai Pencapaian Akademik Anak.
2. Tidak Boleh Semak Kerja Rumah Anak.
3. Kad Laporan Anak 2 Kali Seahun.
4. Perbelanjaan Untuk Anak Besar Tapi Masih gagal.
5. Komunikasi Dengan Anak Berkaitan Pembelajaran Amat Kurang.
2. Tidak Boleh Semak Kerja Rumah Anak.
3. Kad Laporan Anak 2 Kali Seahun.
4. Perbelanjaan Untuk Anak Besar Tapi Masih gagal.
5. Komunikasi Dengan Anak Berkaitan Pembelajaran Amat Kurang.
1. Bahasa Malaysia
2. Bahasa Inggeris
3. Mathematic
4. Science
5. Bahasa Cina & Bahasa Tamil Akan Menyusul
Tingkatan 1 - Tingkatan 3
1. Bahasa Malaysia
2. Bahasa Inggeris
3. Mathematic
4. Science
5. Geografi
6. Sejarah
Tingkatan 4 - Tingkatan 5
1. Bahasa Inggeris
2. Mathematic
3. Sejarah
4. Pendidikan Islam
5. Science
6. Perdagangan
7. Ekonomi Asas
Langgan:
Catatan (Atom)